9W2IAM

Salam 1 Malaysia kepada rakan-rakan ku sekalian..Selamat Datang Ke Blog 9W2IAM

Sunday, January 9, 2011

Serba sedikit tentang diriku

Nama yang diberikan kepada diriku ialah Mohd Idzham Bin Zulkifli. Diriku dilahirkan pada 25 Julai 1990 di Hospital Besar Teluk Intan, Perak. Diriku merupakan anak yang pertama daripada tiga orang adik beradik. Ayahku bernama Zulkifli Bin Sulaiman. Manakala ibuku pula bernama Norlela Bte Munib. Nurul Idzwani diberi gelaran kepada adik perempuanku manakala Muhammad Idzzudin didaftarkan bagi nama adik lelakiku. Kami kini menetap di Lot 1478-1, Km 14, Jalan Kampung Tengah Paya Dalam, 75460, Melaka.


Diriku mendapat didikan awal di Tadika Sekolah Kebangsaan Paya Dalam iaitu sewaktu diriku berumur 6 tahun. Seterusnya diriku didaftarkan di sekolah yang sama iaitu bagi menyambung pembelajaran diriku sehingga diriku mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah mendapat keputusan UPSR, diriku menyambung pembelajaranku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Umbai, Melaka dimana sekolah tersebut merupakan tempat ibuku mengajar. Diriku menyambung pembelajaran di sekolah tersebut sehingga diriku memperoleh Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Dengan berbekalkan keputusan yang diriku peroleh, diriku ditawarkan melanjutkan lagi pembelajaranku dalam bidang perguruan. Diriku mengambil Diploma Pendidikan Pra seklah di Kolej Universiti Islam Teknologi (UNITI) iaitu beralamat di Kompleks UNITI, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan. Kini,diriku merupakan pelajar semester akhir di UNITI ini.


Demikianlah serba sedikit tentang diriku dapat dikongsi bersama. Sekian, wassalam...73
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...