9W2IAM

Salam 1 Malaysia kepada rakan-rakan ku sekalian..Selamat Datang Ke Blog 9W2IAM

Friday, April 15, 2011

Perpisahan UNITI

          Pada 14 April 2011 menjadi tarikh yang sukar untuk diriku tempuhi. Tarikh di mana diri ku terpaksa untuk meninggalkan semua rakan-rakan yang telah bersama dengan ku selama 3 tahun di UNITI. Pelbagai kenangan pahit dan juga manis yang telah kita bina bersama sepanjang perkenalan kita selama ini.

Gambar kenangan ketika menjuarai lakonan diantara pelajar semester 6
          Sahabat ku sekalian, tidak sanggup rasanya untuk meninggalkan kalian semua setelah sekian lama kita bersama. Akan tetapi, apakan daya. Setiap pertemuan pastinya akan ada saat perpisahannya. Walaupun kamu semua akan membawa haluan masing-masing selepas ini, diri ku tidak akan melupakan anda semua. Diriku hanya dapat mendoakan kejayaan yang diimpikan oleh anda semua akan memperoleh keberkatan daripada Allah s.w.t suatu hari nanti insyaAllah.

          Hanya beberapa kenangan kita bersama sahajalah yang dapat menambat luka dihati tatkala tiba di suatu saat kita semua akan pergi membawa haluan masing-masing.








           Salam sayang dari ku wahai rakan-rakan ku sekalian. Ampunkan segala silap dan salah yang telah diri ku lakukan sepanjang kita bersama. Ingatlah segala kenangan yang telah kita sama ukir di UNITI sepanjang tahun 2008-2011. Sekian dari saya, wassalam...

Kenangan terakhir bersama rakan-rakan

 p/s  : Ingat daku dalam doa mu. Salam sayang dari ku.

Mohd Idzham Bin Zulkifli
013-6870985
Melaka.

Wednesday, March 16, 2011

Fakta Berkenaan Malaysia

TELEKOM MALAYSIA
Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia
membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk.
 

LADANG KUPU-KUPU
Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986,
mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih
120 spesies.
 

KESESAKAN LALU LINTAS
Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat.
 

HUTAN HUJAN TROPIKA
Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan
dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat
sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut.
 

GUA GOMANTUNG
Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.
 

PELABUHAN
Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu
mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu
memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh
pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.
 

SUNGAI RAJANG
Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.
 

MENARA KUALA LUMPUR
Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia
dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran
421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan
45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang
dan 1,300 tan keluli struktur.
 

KUIL BATU CAVES
Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga
iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu
akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata
tangga itu diluruskan menjadi satu garisan.
 

LAPANGAN TERBANG
Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun.
 

MENARA PETRONAS
Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang
setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi.
 

JAMBATAN
Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang
di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada
bulan Ogos 1985.
 

KOMPLEKS RENANG
Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak
merupakan yang terbesar dan paling moden di
Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam
renang bergelombang pertama di Malaysia.
 

MINYAK
Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan
merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak
di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari.
 

PROTON
Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus
pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya
Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk
United Kingdom, New Zealand dan Australia.
 

MINYAK SAWIT
Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor
satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada
jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan
pada tahun 1994
 

POKOK GETAH
Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu
masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama
menanam pokok getah di negara ini.
 

BANK
Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian
1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank
kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan.

Padah Berleter

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq". "Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena.

Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam". "Itu saja ke haji?" "Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana". Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.

" Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.

Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam.

Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter.

Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.

Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad. "Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?". "Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang.

Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali.

Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.

" Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!" Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain.

Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".


Hah...moral of the story...jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!! positif: Susah gak kalau bini takde, ko nak berleter, berleterlah!

Tips Tarik Hati Mertua

"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar

Program "Sedetik Bersama Ikatan Selamanya"

               Assalamualaikum w.b.t kepada semua rakan-rakan ku sekalian. Dah lama lah juga saya tidak 'mengupdate' blog saya ini. Bukan saya tidak mahu 'mengupdate' blog saya ini, tetapi disebabkan situasi yang saya hadapi sewaktu berada di semester 6 ini menyebabkan saya terpaksa selalu keluar untuk melakukan aktiviti di tadika-tadika bagi memenuhi sukatan matapelajaran yang saya ambil.

          Pada 13 Mac 2011 yang lepas, saya beserta dengan 17 rakan-rakan kumpulan saya yang lain telah mengadakan satu program bersama Tadika Permatang Pasir di Linggi, Negeri Sembilan. Saya selaku Pengarah Program Sedetik Bersama Ikatan Selamanya cuba untuk memastikan majlis yang kami rancang berjalan dengan jayanya.

          Majlis kami dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Tuan Haji Ismail Bin Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Linggi iaitu merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Selain itu juga, kehadiran Puan Safiyah Bte Sidek merangkap Pegawai Kanan KEMAS Kawasan Teluk Kemang juga memeriahkan lagi majlis yang kami jalankan.

          Berikut merupakan gambaran sebelum program berlangsung iaitu pada 12 Mac 2011.
















Berikut pula adalah gambar sewaktu hari dimana program berlangsung.





























Terima kasih kepada hadirin yang sudi menghadirkan diri.














Terima kasih dari saya sebagai Pengarah Program Sedetik Bersama Ikatan Selamanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...