9W2IAM

Salam 1 Malaysia kepada rakan-rakan ku sekalian..Selamat Datang Ke Blog 9W2IAM

Wednesday, February 2, 2011

Siapa Bilang OKU Tidak Berguna?????


          "Ala,die kn OKU...mne la leh nk wt pe...dok umh tido jela kje die ari2".. Ini la ungkapan dari kebanyakan daripada rakyat di Malaysia yang telah ditemu bual. Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai sedikit masalah dalam diri mereka yang menyukarkan mereka untuk melakukan sesuatu perkara dengan sempurna.
          Ramai yang tidak tahu bahawa ungkapan yang disebut oleh seluruh rakyat Malaysia iaitu OKU itu bermaksud, Orang Kurang Upaya. Akan tetapi tanggapan mereka selama ini silap dengan menyatakan bahawa maksud tersebut berkait dengan OKU. Maksud yang sebenar bagi ungkapan OKU ini ialah Orang Kuat Usaha. Mengapa? Anda semua tidak mahu mempercayainya? Rakaman di atas menunjukkan salah satu bukti mengapa saya berkata sedemikian. Orang yang kurang upaya mampu melatih dirinya bermain gitar dengan sempurna di samping mampu menyanyikan lagu tersebut.
          Anda harus mengubah tanggapan anda yang mengatakan bahawa OKU itu ialah Orang Kurang Upaya. Anda harus mengatakan diri anada juga sebagai OKU iaitu Orang Kuat Usaha. Syabas diucapkan kepada insan yang terdapat di dalam video di atas. Usaha anda amat saya kagumi.

Sekian.....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...