9W2IAM

Salam 1 Malaysia kepada rakan-rakan ku sekalian..Selamat Datang Ke Blog 9W2IAM

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Datang Ke Dunia Amature Radio

          Assalamualaikum rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Catatan yang dibuat oleh saya kali ini berkenaan dengan penglibatan diriku ke dalam dunia Amature Radio.


          Pada bulan 8 tahun 2010 yang lepas, saya mengambil keputusan untuk menghantar permohonan bagi menduduki peperiksaan Radio Amature Examination (RAE) yang dikendali oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya. Beberapa bulan kemudian, saya menerima sepucuk surat balas daripada SKMM yang mengatakan bahawasanya permohonan saya untuk menduduki peperiksaan RAE siri ke 3/2010 diluluskan. Betapa gembiranya hati saya pada masa itu kerana hati membuak-buak untuk menceburkan diri dalam hobi yang bermanfaat ini. Tarikh yang ditetapkan kepada saya untuk mengambil peperiksaan ini ialah pada 6 Oktober 2010 bertempat di Grand Ballroom 2&3, De Palma Hotel, Shah Alam.


Surat kelulusan menduduki peperiksaan daripada SKMM

          Sejak daripada hari tersebut, saya dibantu oleh rakan-rakan V32 yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang radio ini. Saya diberi nota serta latihan-latihan yang secukupnya bagi menyiapkan diri saya bagi menduduki peperiksaan tersebut. Saya membaca SOP yang diminta oleh rakan-rakan yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh saya iaitu untuk mengambil peperiksaan RAE ini. 

          Pemergian kami ke Shah Alam disertai konvoi daripada rakan-rakan V32. Memanglah ramai pada ketika itu. Saya beserta rakan-rakan yang ingin mengambil RAE pada hari tersebut memasuki dewan peperiksaan. Hati di dada ini berdebar-debar kerana pertama kali mengambil peperiksaan ini.Setelah mendapat soalan, saya menepuk dahi. Mengapa? Kerana soalan yang keluar kebanyakannya berunsurkan mekanikal. Saya lebih membaca kepada SOP. Hati saya mula gelisah kerana banyak yang saya tidak mengerti. Akhirnya, saya tawakkal kepada Ilahi dengan menjawab semoa soalan yang diberikan kepada saya dengan tenang. Alhamdulillah, saya berjaya menjawab semua soalan yang diberikan kepada saya.

          Beberapa bulan selepas itu, saya cuba mengekses internet berkenaan dengan keputusan peperiksaan yang saya duduki tersebut. Hati saya kecewa lah juga beberapa kali apabila keputusan yang saya hendak lihat masih lagi belum keluar. Hari ke hari saya terus mengekses internet bagi melihat keputusan tersebut. Akhirnya pada suatu hari tersebut, saya mendapat tahu bahawa keputusan RAE yang saya ambil telah keluar. Saya segera mengekses internet bagi melihat keputusan saya. Alangkah gembiranya di hati saya apabila melihat keputusan yang dikeluarkan oleh SKMM bahawa saya lulus. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya lulus pada pertama kali mengambil peperiksaan ini.

Surat kelulusan peperiksaan oleh SKMM

          Saya mengambil langkah seterusnya dengan mengisi borang-borang yang disediakan untuk memilih Call Sign saya sendiri,setelah sekian lama menunggu, hari ini merupakan hari gembira saya kali ketiga dalam dunia radio iaitu apabila wakil daripada pihak SKMM menghubungi saya dan memberitahu saya bahawa Call Sign yang saya pilih telah diterima.Alhamdulillah sekali lagi kerana mendapat apa yang saya hajat di hati.

          Call Sign yang diterima saya ialah 9W2IAM. Insyallah saya akan cuba menggunakan hobi radio ini dengan sebaiknya dan mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan kepada saya. Sekian sahaja daripada saya.

Wassalam,73.

 9W2IAM 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...